Sapa tak kenal dengan hero drama NurKasih yang memegang watak ADAM??Kalau tak kenal memang tak up to date la. Yer la kan Drama NurKasih suatu ketika dahulu melatop macam pisang goreng. Hari tue Remy telah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular ABPH 2009. Malah Remy sendiri berkata drama NurKasih sedikit sebanyak banyak membantu menaikkan nama beliau. Suka sangat tengok cara lakonan Remy dalam NurKasih.
Uolls tau tak macam mana karakter Remy dalam NurKasih?? Seorang yang pendiam je kan. Kat luaran pun dia memang seorang pendiam dan perahsia. Tengok jer muka kita dah tahu yang dia ni seorang pendiam kan.
Oleh kerana Drama NurKasih banyak mendapat sambutan daripada penonton, drama ini akan difilemkan tidak lama lagi. woah mesti uolls tak sabarkan. Malah sesi penggambaran filem ini akan bermula penghujung Mei ni.
Bagi pendapat uolls, antara drama NurKasih, Na O Mei dan yang terbaru ni Adamaya, yang mana uolls paling suka? Kalau bagi saya, saya lebih prefer NurKasih & Adamaya. Na O Mei tak minat sangat.Hehe
Apa-apa pun bagi peminat drama NurKasih, sama-sama kita tunggu kemunculan filem ni nanti. Sama-sama gegarkan pawagam.
** Raut muka yang amat tabah menghadapi semua dugaan.Tapi dalam hati kita tak tau kan Kenapa tajuk saya begitu kali ni? sapa yang saya maksudkan dengan papa? Saya tersentuh tadi bila terbaca luahan hati anak-anak arwah Din Beramboi menceritakan berkenaan arwah. Memang ternyata anak-anak dia sungguh bangga kerana ada ayah sebegitu. Semua luahan ni saya baca di Gua.Com. Jom kita baca sesama k!!
Sepanjang sesi temu bual Gua bersama anak-anak arwah, setitik pun airmata mereka tidak gugur. Sungguh kuat anak-anak arwah menghadapi semua ni.Salute ngan dorang. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan orang yang amat penting dalam hidup mereka saat usia mereka masih muda. baru nak mengenal dunia.
Jom kita ikuti perbualan Gua dengan anak-anaknya.
Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.
"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'." ( terharu sangat kan )Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.
"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.
Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.
"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.
Wartawan Gua bertanya lagi berkenaan dengan adiknya, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.
"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk. ( bayangkan anak sekecil ini sudah menghadapi dugaan sebesar ini)
"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."
**korang tengok je la kemesraan mereka..
Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."
"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina.
“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.
“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi." ( Senyum je baca yang ni) memang jenis tak pandai nak tipu la kan.hehe
Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.
"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.
"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.” Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.
"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).
"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.
"Papa amat pentingkan keluarga. Bila kerja 'outstation', papa akan cari bilik supaya dapat bawa kami bersama. Papa lepas habis kerja, terus balik rumah. Kalau nak lepak dengan kawan, papa lebih suka berlepak di rumah, buatkan teh tarik.”
Sejak arwah jatuh sakit, Aina bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama nenek di Kepong. Menurutnya, buat masa ini mereka tidak kuat untuk tinggal di rumah. Terlalu banyak kenangan dan peninggalan arwah di situ.
"Rumah itu, semuanya papa dari aksesori, dekorasi. Papa semua boleh buat. Papa dilahirkan macam tu. Ada sekali papa terjumpa kayu biasa, papa licinkan dan papa ukir sendiri ayat Bismillah. Ukiran itu masih ada lagi. Pagar kayu sekeliling rumah pun papa yang buat sendiri termasuk katil, pondok..."
Bila baca semua ni, rasa sedih sangat sebab kita bukan sahaja kehilangan satu karektor yang amat bermakna dalam menceriakan hari-hari kita. Kalau la kita berada di tempat ahli keluarga arwah, agak-agaknya dapat tak kita lalui semua ni? Renung-renungkan ... Jangan kalau dah takde, baru kita nak terasa kehilangan..)
Jom kita baca kisah sal Memey & Norman Hakim. Mengikut sumber dorang ni dah kawen senyap2 kat Thailand. Tak taw betul ke tak kan? Korang rasa betol tak? Kalau betol pun apa salahnya kan.Norman pun bukan milik orang sekarang. Memey pun single lagi. Dan yang paling latest, hubungan cinta mereka semakin mekar berbunga2 gitu dan difahamkan mereka sedang merancang untuk berkahwin pada masa terdekat.
Jom baca pengakuan Memey & Norman kat bawah ni k.
“Hubungan kami berdua semakin baik. Kebelakangan ini kami banyak cakap pasal masa depan perhubungan. Abang Norman sendiri 'hint' tahun depan macam tu. Saya tak nak cakap apa-apa, takut tak jadi. Saya tak ambil perkara ini serius sangat. Kalau jodoh tu sampai tak kira tahun depan, tahun ini ke, tak kisah.
"Saya terlalu muda. Banyak lagi saya kena fikir. Bukan tak nak fikir pasal perhubungan, tapi saya mahu fikir tanggungjawab sebagai anak dulu. Baru fikir tanggungjawab sebagai isteri.
“Kalau difikirkan, terlalu awal umur 22. Perjalanan saya masih jauh lagi. Bila saya dah buat keputusan untuk kahwin, saya kena fikir seratus kali dah bersedia ke untuk kahwin. Pada saya biar masa yang menentukan. Buat masa ini, masing-masing ada hala tuju masing-masing.”
Tambah Memey lagi, baik keluarganya mahupun keluarga Norman tidak pernah memaksa mereka untuk berkahwin semata-mata untuk menutup kontroversi yang melanda.
“Keluarga saya, Alhamdulillah, mereka faham. Mereka bersikap optimis. Mereka tak suruh atau paksa saya untuk kahwin. Mereka sangat memahami saya. Keluarga abang Norman ada juga suruh kami kahwin.
“Tak ada istilah mendesak atau terdesak untuk berkahwin. Kami hanya duduk berbincang pasal masa depan. Dia faham keadaan saya macam mana. Dia pun perlu selesaikan masalah dia, masalah anak. Kalau boleh semoga jodoh kami akan dipermudahkan.”
Bagaimana hubungannya dengan bekas isteri Norman. Al-maklumlah, Memey pun dah mesra dengan anak-anak Abby. Dengan Abby pula macam mana?
“Sampai sekarang macam biasa je. Tak ada berhubung atau berjumpa untuk marah-marah. Terserempak banyak kali. Tapi masing-masing buat hal masing-masing. Belum lagi bersua muka betul-betul. Saya sentiasa mengharapkan ada ruang untuk kami berdua.”