Nuffnang

Friday, April 30, 2010

Adamaya Lagi!!


Siapa yang mengikuti slot akasia adamaya?? Mesti korang taw macam mana jalan cerita adamaya sekarang kan??Uolls puas hati tak dengan apa yang maya buat terhadap adam? Keciankan adam.

Bagi yang miss episod khamis yang lalu, maya sudah pandai curang dengan adam dengan menjalinkan kembali hubungan dengan kekasih lamanya iaitu Dani.

Malah Maya sudah pandai meninggikan suara dengan Amani dan marah-marah dengan Adam. Kalau tak silap hari tue mereka dua gaduh. Bertuah kan dapat suami macam Adam yang tak cepat melenting walaupun nampak keburukan yang Maya lakukan. Yer la kita semua tahu time tue, Adam nampak dengan mata kepalanya sendiri bahawa Maya keluar dengan Dani. Siap pimpin tangan lagi.

Jelas sekali di situ Maya membohongi suaminya semata- mata nak keluar dengan Si Dani bedebah tue dengan alasan nak jumpa klien. Nengok-nengok keluar jumpa klien si Dani. Uolls rasa Dani tue gila otak ke ape kan sampai sanggup terkejar- kejar bini orang.

Apa- apapun tak sabar nak tunggu episod seterusnya Isnin ni. Harap- harap mereka dua dah berbaik semula. Suka tengok muka cute Amani dalam cita tue.

Jom sama-sama tonton cerita adamaya kat

p/s Slot Akasia Adamaya Besttttttttttttttttttt

Thursday, April 29, 2010

Ouh My Remy!!


Sapa tak kenal dengan hero drama NurKasih yang memegang watak ADAM??Kalau tak kenal memang tak up to date la. Yer la kan Drama NurKasih suatu ketika dahulu melatop macam pisang goreng. Hari tue Remy telah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular ABPH 2009. Malah Remy sendiri berkata drama NurKasih sedikit sebanyak banyak membantu menaikkan nama beliau. Suka sangat tengok cara lakonan Remy dalam NurKasih.


Uolls tau tak macam mana karakter Remy dalam NurKasih?? Seorang yang pendiam je kan. Kat luaran pun dia memang seorang pendiam dan perahsia. Tengok jer muka kita dah tahu yang dia ni seorang pendiam kan.

Oleh kerana Drama NurKasih banyak mendapat sambutan daripada penonton, drama ini akan difilemkan tidak lama lagi. woah mesti uolls tak sabarkan. Malah sesi penggambaran filem ini akan bermula penghujung Mei ni.

Bagi pendapat uolls, antara drama NurKasih, Na O Mei dan yang terbaru ni Adamaya, yang mana uolls paling suka? Kalau bagi saya, saya lebih prefer NurKasih & Adamaya. Na O Mei tak minat sangat.Hehe

Apa-apa pun bagi peminat drama NurKasih, sama-sama kita tunggu kemunculan filem ni nanti. Sama-sama gegarkan pawagam.

Tuesday, April 20, 2010

Slot Akasia Adamaya makin best


























Fuh!! Tiap hari aku mendongak depan tv bila tepat jam 630 pm sekarang.Kenape? Kerana penangan lisa surihani la sapa lagi. Nengok muka cute dia dalam adamaya tuh macam sweet jer aku nengok. Episod hari ni dia dah pregnant!! Auwww.. Makin la besh jer aku nengok sampaikan housemate cina aku pun dok kemaruk nengok cita Melayu. Siap hafal lagu Yang Terindah lagi tuh. Hebat tak penangan adamaya ni kat uolls~ Ditambah lagi ngan hero & heroin yang sweet & cute gitu kan. Of coz la membuatkan kita lekat 1 jam depan tv.

Aku baru abis download lagu Yang Terindah ni. Ni kes housemate cina aku la yang suruh download kan. HAHA. Actually jalan cerita Adamaya ni sama ngan I'm Not Single jerk. Dah nama pengarah yang sama kan. Tapi ok la. Aku bagi 10 bintang kat cita ni.Ok tak? Uolss bagi berapa? Tak sabar nak tunggu next episod. Kalau nengok Maya pegnen , mesti sweet kan?? Auwww.. Berbanding ngan cita Na O Mei tuh, aku lebih prefer nengok cita Adamaya ni. Ntah la nape erk? Maybe pelakon dia sweet kot berbanding ngan Na O Mei. Kalau Na O Mei, aku nengok jalan cerita dia lambat giler. Macam tak berkembang jer.Huhuh. Harap2 la Adam & Maya tak gaduh dah lepas ni. huhu

Saturday, April 17, 2010

Capture My Lucky Number

Salam petang kat uolls!! Seperti yang uolls tengok 2 3 hari ni, ngexz mesti akan balas kunjungan uolls dengan berbeza blog tapi satu nama kan. Uolls jangan salah sangka. 2 blog tue memang berbeza tapi orangnya adalah orang yang sama. Apa yang beza blog tue, blog ni lebih kepada penceritaan tentang dunia hiburan kan. Baru lagi ni. Baru tiga entry je ngexz sempat tuliskan. Kalo blog lama ngexz, uolls semua dah taw kan.

Ok ngexz terfikir nak pomotkan blog baru ngexz ni dengan bagi satu hadiah free kat sesiapa yang menepati citarasa apa yang ngexz inginkan ni nanti. Ok Check it out apa yang ngexz nak buat k!!

Ngexz mencari nombor bertuah 2005. Ada berani tak? Giler kan ngexz, blog baru buka tapi terus nak capture nombor banyak tuh.. Tapi kan ngexz ada syarat taw nak capture2 ni..Demand gler kan ngexz ni HAHA..g nengok syarat dia k.

2005 (tolong hit my lucky number)


Syarat.
1. Sebelum wat aktviti klik2 nombor tuh, uolls mesti jadi pollower ngexz dulu. Na,, baru rasmi kalo uolls terpilih jadi pemenang capture nombor nanti. Kalau tak jadi follower, kang kalo menang, ngexz akan batalkan kemenangan uolls gara-gara tak ikut syarat.
2.Dah jadi pollower, mulakan aktiviti anda tuh.
3. Dah dapat nombor bertuah 2005, uolls print skrin then anta kat emel ngexz sebagai bukti. ni emel dia edz_princess@yahoo.co.uk
4. Peserta mesti terdiri daripada pengguna celcom, Digi & Maxis sahaja!!
5. Done!!

Hadiah?? Uolls nak hadiah ape?? Memandangkan ni percubaan pertama ngexz so ngexz nak bagi hadiah yang simple je dulu kepada sapa yang berjaya capture nombor bertuah tuh k.
Hadiahnyer ngexz bagi Top Up RM10 ( tak kira maxis ke, celcom ke, Digi ke) .Cukup tak? ala cukup jew la. Sapa yang nak bagi free kan.Hehehe

Gud Luck..

Thursday, April 8, 2010

Kenangan Bersama Arwah "Papa"

















** Raut muka yang amat tabah menghadapi semua dugaan.Tapi dalam hati kita tak tau kan

Kenapa tajuk saya begitu kali ni? sapa yang saya maksudkan dengan
papa? Saya tersentuh tadi bila terbaca luahan hati anak-anak arwah Din Beramboi menceritakan berkenaan arwah. Memang ternyata anak-anak dia sungguh bangga kerana ada ayah sebegitu. Semua luahan ni saya baca di Gua.Com. Jom kita baca sesama k!!


Sepanjang sesi temu bual Gua bersama anak-anak arwah, setitik pun airmata mereka tidak gugur. Sungguh kuat anak-anak arwah menghadapi semua ni.Salute ngan dorang. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan orang yang amat penting dalam hidup mereka saat usia mereka masih muda. baru nak mengenal dunia.

Jom kita ikuti perbualan Gua dengan anak-anaknya.

Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.

"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'."
( terharu sangat kan ) Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.

"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.

Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.

"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.

Wartawan Gua bertanya lagi berkenaan dengan adiknya, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.

"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk. ( bayangkan anak sekecil ini sudah menghadapi dugaan sebesar ini)

"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."
















**korang tengok je la kemesraan mereka..

Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."

"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina.

“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.

“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi." ( Senyum je baca yang ni) memang jenis tak pandai nak tipu la kan.hehe

Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.

"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.

"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.”
Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.

"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).

"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.

"Papa amat pentingkan keluarga. Bila kerja 'outstation', papa akan cari bilik supaya dapat bawa kami bersama. Papa lepas habis kerja, terus balik rumah. Kalau nak lepak dengan kawan, papa lebih suka berlepak di rumah, buatkan teh tarik.”

Sejak arwah jatuh sakit, Aina bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama nenek di Kepong. Menurutnya, buat masa ini mereka tidak kuat untuk tinggal di rumah. Terlalu banyak kenangan dan peninggalan arwah di situ.

"Rumah itu, semuanya papa dari aksesori, dekorasi. Papa semua boleh buat. Papa dilahirkan macam tu. Ada sekali papa terjumpa kayu biasa, papa licinkan dan papa ukir sendiri ayat Bismillah. Ukiran itu masih ada lagi. Pagar kayu sekeliling rumah pun papa yang buat sendiri termasuk katil, pondok..."

Bila baca semua ni, rasa sedih sangat sebab kita bukan sahaja kehilangan satu karektor yang amat bermakna dalam menceriakan hari-hari kita. Kalau la kita berada di tempat ahli keluarga arwah, agak-agaknya dapat tak kita lalui semua ni? Renung-renungkan ... Jangan kalau dah takde, baru kita nak terasa kehilangan..)

(sumber: Gua.com)

Wednesday, April 7, 2010

Fasha Sanda di "Boo" di ABPH
























Baru-baru ini kita masih terkenang lagi kisah kemenangan Dato' Siti Nurhaliza yang meraih Bintang Paling Popular walaupun beliau menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berada di industri ini. Akan tetapi, kita secara kebetulan satu insiden "boo" daripada penonton sebaik sahaja nama Fasha Sanda dan Mawi diumukan sebagai finalis di dalam kategori masing-masing. Mesti korang dengar gak kan kepada yang menonton Anugerah tersebut. Bukannya segelintir, tetapi majoriti penonton yang membanjiri Arena of Stars malam tersebut telah melaungkan ketidakpuasan mereka terhadap kedua-dua artis kontroversi ini.Kenapa???Jom Baca kisah selanjutnya.

Jika korang memang mengikuti perkembangan dunia seni Fasha, mesti korang boleh jangkakan apa sebenar yang peminat tidak puas hati kan. Bermula dari insiden Fasha bertindak biadap dengan wartawan, dan diikuti lagi kisah keretakan rumah tangga Nora Danish yang mengatakan Fasha merupakan orang ketiga yang menyebabkan keretakan rumah tangga Nora Danish sehinggakan Nora Danish membawa status janda semasa mengandung anak pertama.

Akan tetapi, Fasha seolah-olah ingin membuka lembaran baru apabila meluahkan untuk mengubah semua kehidupannya menjadi yang terbaik. Dia ingin memfokuskan kepada kerjaya dan keluarganya.

"Saya mahu cuba untuk membuat yang terbaik dan perbaiki kesilapan saya. Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan",(semasa di temuramah oleh GUA)

Tidak lama selepas itu timbul lagi kontroversi di mana Fasha dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Zamarul Hisyam dengan Diana Rafar kerana sekeping gambar Fasha dengan Zamarul di lokasi penggambaran.(memang tak lekang dengan kontroversi perempuan ni kan)

Akan tetapi yang menjadi persoalan sekarang.Adakah masyarakat akan menerima perubahan terhadap diri Fasha sekarang kerana dia ingin merubah dirinya kepada yang lebih baik.So no More Kontroversi ..Yer la kot!! Tepuk Dada Tanya la Iman!!

(sumber daripada Gua.Com)

Benjy Mungkin dijadikan "kambing Hitam"

Kali ni saya nak review balik berkenaan dengan kisah penangkapan Benjy.Semua orang dah tahu kan yang Benjy kena tangkap disebabkan hal berkenaan dengan dadah.Ok ni info terbaru yang saya dapat dari gua.com.

Sekali lagi bukti dijumpai oleh pihak polis ekoran daripada penemuan peralatan yang digunakan untuk menghasiklan dadah jenis syabu. Polis mengumpamakan Benjy ibarat"seorang saintis yang amat pakar di dalam bidang ini". Bukti dijumpai apabila pihak polis menemui pendrive di mana di dalam pendrive tersebut terdapat cara-cara hendak memproses syabu. Kira Benjy mendapat resepi membuat syabu dari Internet la ni


Bila dimaklumkan tentang pendedahan polis itu oleh wartawan
Harian Metro, ibu Benjy, seniwati Azean Irdawaty menafikan semua itu sebagai satu penipuan - 'Saya yakin Benjy tak bersalah'. Tegasnya, dia lebih mengenali anak lelaki tunggalnya itu dan yakin Benjy tidak terlibat dengan aktiviti dadah.( Kasih seroang ibu yang masih membela anak dia,,Salute kat kak yan)

Tambah Kak Yan, tidak dilihat sebarang perubahan pada Benjy. Malah seminggu sebelum ditahan, Benjy dikatakan telah meminjam RM50 daripada adiknya. Bagi Kak Yan, jika benar anaknya mengedar dadah, hidupnya sudah pasti senang-lenang.

Selain mengemukakan kemungkinan peralatan membuat syabu tersebut milik orang lain, Kak Yan juga merasakan Benjy barangkali dijadikan 'kambing hitam' dan dipaksa mengaku peralatan tersebut miliknya.

Turut dibangkitkan Kak Yan dalam temuramah itu, isu pihak polis yang masih belum memohon maaf atas tuduhan mendakwa Benjy ditahan dengan lebih 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000. Padahal serbuk itu sodium bikarbonat atau serbuk penaik.(erk yer ke ni).

Ok, setakat ni dulu info berkenaan benjy.BAgi peminat Benjy di luar sana, sama-sama la kita menantikan kes ni selesai k

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia










1st of all, takziah kepada keluarga
Din Beramboi atas pemergian Din Beramboi. Pelawak dan penyampai radio popular yang lebih dikenali sebagai Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 tahun disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.35 pagi di Hospital Selayang.

Din Beramboi yang telah dimasukkan ke ICU beberapa hari pada mulanya terkena jangkitan kencing tikus tapi bila dicek betul2, beliau didapati mengidap demam denggi berdarah di mana berada pada tahap yang kritikal. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital pada petang Isnin lalu. Menurut info lagi, doktor terpaksa menidurkan Allahyarham yang tidak dapat tidur selama 3 hari.

“Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

“Beliau adalah insan pertama yang ‘'pergi'’ dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.



Thursday, April 1, 2010

Memey Dilamar Norman Hakim














Jom kita baca kisah sal Memey & Norman Hakim. Mengikut sumber dorang ni dah kawen senyap2 kat Thailand. Tak taw betul ke tak kan? Korang rasa betol tak? Kalau betol pun apa salahnya kan.Norman pun bukan milik orang sekarang. Memey pun single lagi. Dan yang paling latest, hubungan cinta mereka semakin mekar berbunga2 gitu dan difahamkan mereka sedang merancang untuk berkahwin pada masa terdekat.

Jom baca pengakuan Memey & Norman kat bawah ni k.

“Hubungan kami berdua semakin baik. Kebelakangan ini kami banyak cakap pasal masa depan perhubungan. Abang Norman sendiri 'hint' tahun depan macam tu. Saya tak nak cakap apa-apa, takut tak jadi. Saya tak ambil perkara ini serius sangat. Kalau jodoh tu sampai tak kira tahun depan, tahun ini ke, tak kisah.
"Saya terlalu muda. Banyak lagi saya kena fikir. Bukan tak nak fikir pasal perhubungan, tapi saya mahu fikir tanggungjawab sebagai anak dulu. Baru fikir tanggungjawab sebagai isteri.

“Kalau difikirkan, terlalu awal umur 22. Perjalanan saya masih jauh lagi. Bila saya dah buat keputusan untuk kahwin, saya kena fikir seratus kali dah bersedia ke untuk kahwin. Pada saya biar masa yang menentukan. Buat masa ini, masing-masing ada hala tuju masing-masing.”

Tambah Memey lagi, baik keluarganya mahupun keluarga Norman tidak pernah memaksa mereka untuk berkahwin semata-mata untuk menutup kontroversi yang melanda.

“Keluarga saya, Alhamdulillah, mereka faham. Mereka bersikap optimis. Mereka tak suruh atau paksa saya untuk kahwin. Mereka sangat memahami saya. Keluarga abang Norman ada juga suruh kami kahwin.

“Tak ada istilah mendesak atau terdesak untuk berkahwin. Kami hanya duduk berbincang pasal masa depan. Dia faham keadaan saya macam mana. Dia pun perlu selesaikan masalah dia, masalah anak. Kalau boleh semoga jodoh kami akan dipermudahkan.”

Bagaimana hubungannya dengan bekas isteri Norman. Al-maklumlah, Memey pun dah mesra dengan anak-anak Abby. Dengan Abby pula macam mana?

“Sampai sekarang macam biasa je. Tak ada berhubung atau berjumpa untuk marah-marah. Terserempak banyak kali. Tapi masing-masing buat hal masing-masing. Belum lagi bersua muka betul-betul. Saya sentiasa mengharapkan ada ruang untuk kami berdua.”

Hah! agak2 korang camner tuh?? macam nak kawen jerk kan.elok la tuh benda baek jangan tangguh2 kan.

Kepada Norman & Memey,cepat2 la dirikan masjid tuh, kang lama2 makin banyak gosip tak elok timbul