Nuffnang

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia










1st of all, takziah kepada keluarga
Din Beramboi atas pemergian Din Beramboi. Pelawak dan penyampai radio popular yang lebih dikenali sebagai Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 tahun disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.35 pagi di Hospital Selayang.

Din Beramboi yang telah dimasukkan ke ICU beberapa hari pada mulanya terkena jangkitan kencing tikus tapi bila dicek betul2, beliau didapati mengidap demam denggi berdarah di mana berada pada tahap yang kritikal. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital pada petang Isnin lalu. Menurut info lagi, doktor terpaksa menidurkan Allahyarham yang tidak dapat tidur selama 3 hari.

“Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

“Beliau adalah insan pertama yang ‘'pergi'’ dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.



0 comments:

Post a Comment