Nuffnang

Thursday, April 8, 2010

Kenangan Bersama Arwah "Papa"

















** Raut muka yang amat tabah menghadapi semua dugaan.Tapi dalam hati kita tak tau kan

Kenapa tajuk saya begitu kali ni? sapa yang saya maksudkan dengan
papa? Saya tersentuh tadi bila terbaca luahan hati anak-anak arwah Din Beramboi menceritakan berkenaan arwah. Memang ternyata anak-anak dia sungguh bangga kerana ada ayah sebegitu. Semua luahan ni saya baca di Gua.Com. Jom kita baca sesama k!!


Sepanjang sesi temu bual Gua bersama anak-anak arwah, setitik pun airmata mereka tidak gugur. Sungguh kuat anak-anak arwah menghadapi semua ni.Salute ngan dorang. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan orang yang amat penting dalam hidup mereka saat usia mereka masih muda. baru nak mengenal dunia.

Jom kita ikuti perbualan Gua dengan anak-anaknya.

Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.

"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'."
( terharu sangat kan ) Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.

"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.

Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.

"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.

Wartawan Gua bertanya lagi berkenaan dengan adiknya, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.

"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk. ( bayangkan anak sekecil ini sudah menghadapi dugaan sebesar ini)

"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."
















**korang tengok je la kemesraan mereka..

Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."

"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina.

“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.

“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi." ( Senyum je baca yang ni) memang jenis tak pandai nak tipu la kan.hehe

Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.

"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.

"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.”
Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.

"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).

"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.

"Papa amat pentingkan keluarga. Bila kerja 'outstation', papa akan cari bilik supaya dapat bawa kami bersama. Papa lepas habis kerja, terus balik rumah. Kalau nak lepak dengan kawan, papa lebih suka berlepak di rumah, buatkan teh tarik.”

Sejak arwah jatuh sakit, Aina bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama nenek di Kepong. Menurutnya, buat masa ini mereka tidak kuat untuk tinggal di rumah. Terlalu banyak kenangan dan peninggalan arwah di situ.

"Rumah itu, semuanya papa dari aksesori, dekorasi. Papa semua boleh buat. Papa dilahirkan macam tu. Ada sekali papa terjumpa kayu biasa, papa licinkan dan papa ukir sendiri ayat Bismillah. Ukiran itu masih ada lagi. Pagar kayu sekeliling rumah pun papa yang buat sendiri termasuk katil, pondok..."

Bila baca semua ni, rasa sedih sangat sebab kita bukan sahaja kehilangan satu karektor yang amat bermakna dalam menceriakan hari-hari kita. Kalau la kita berada di tempat ahli keluarga arwah, agak-agaknya dapat tak kita lalui semua ni? Renung-renungkan ... Jangan kalau dah takde, baru kita nak terasa kehilangan..)

(sumber: Gua.com)

5 comments:

Jieda said...

Tak sanggup lagi nak meneruskan pembacaan..sedih sangat

luvly mya said...

sedih!

s said...

Al fatihah utk abg din.. sob3...comel anak die yg tgh...

Nurul Harun said...

hmmm.. al fatihah utk arwah..

Kech Hidayah said...

hiba la kan baca luahan anak2 arwah.banyak kenangan dengan arwah..patutla tak sanggup balik rumah lagi kan. mane2 pon ada kenangan dengan arwah..

al-fatihah untuk arwah din beramboi..

Post a Comment