Nuffnang

Thursday, April 29, 2010

Ouh My Remy!!


Sapa tak kenal dengan hero drama NurKasih yang memegang watak ADAM??Kalau tak kenal memang tak up to date la. Yer la kan Drama NurKasih suatu ketika dahulu melatop macam pisang goreng. Hari tue Remy telah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular ABPH 2009. Malah Remy sendiri berkata drama NurKasih sedikit sebanyak banyak membantu menaikkan nama beliau. Suka sangat tengok cara lakonan Remy dalam NurKasih.


Uolls tau tak macam mana karakter Remy dalam NurKasih?? Seorang yang pendiam je kan. Kat luaran pun dia memang seorang pendiam dan perahsia. Tengok jer muka kita dah tahu yang dia ni seorang pendiam kan.

Oleh kerana Drama NurKasih banyak mendapat sambutan daripada penonton, drama ini akan difilemkan tidak lama lagi. woah mesti uolls tak sabarkan. Malah sesi penggambaran filem ini akan bermula penghujung Mei ni.

Bagi pendapat uolls, antara drama NurKasih, Na O Mei dan yang terbaru ni Adamaya, yang mana uolls paling suka? Kalau bagi saya, saya lebih prefer NurKasih & Adamaya. Na O Mei tak minat sangat.Hehe

Apa-apa pun bagi peminat drama NurKasih, sama-sama kita tunggu kemunculan filem ni nanti. Sama-sama gegarkan pawagam.

0 comments:

Post a Comment