Nuffnang

Wednesday, April 7, 2010

Benjy Mungkin dijadikan "kambing Hitam"

Kali ni saya nak review balik berkenaan dengan kisah penangkapan Benjy.Semua orang dah tahu kan yang Benjy kena tangkap disebabkan hal berkenaan dengan dadah.Ok ni info terbaru yang saya dapat dari gua.com.

Sekali lagi bukti dijumpai oleh pihak polis ekoran daripada penemuan peralatan yang digunakan untuk menghasiklan dadah jenis syabu. Polis mengumpamakan Benjy ibarat"seorang saintis yang amat pakar di dalam bidang ini". Bukti dijumpai apabila pihak polis menemui pendrive di mana di dalam pendrive tersebut terdapat cara-cara hendak memproses syabu. Kira Benjy mendapat resepi membuat syabu dari Internet la ni


Bila dimaklumkan tentang pendedahan polis itu oleh wartawan
Harian Metro, ibu Benjy, seniwati Azean Irdawaty menafikan semua itu sebagai satu penipuan - 'Saya yakin Benjy tak bersalah'. Tegasnya, dia lebih mengenali anak lelaki tunggalnya itu dan yakin Benjy tidak terlibat dengan aktiviti dadah.( Kasih seroang ibu yang masih membela anak dia,,Salute kat kak yan)

Tambah Kak Yan, tidak dilihat sebarang perubahan pada Benjy. Malah seminggu sebelum ditahan, Benjy dikatakan telah meminjam RM50 daripada adiknya. Bagi Kak Yan, jika benar anaknya mengedar dadah, hidupnya sudah pasti senang-lenang.

Selain mengemukakan kemungkinan peralatan membuat syabu tersebut milik orang lain, Kak Yan juga merasakan Benjy barangkali dijadikan 'kambing hitam' dan dipaksa mengaku peralatan tersebut miliknya.

Turut dibangkitkan Kak Yan dalam temuramah itu, isu pihak polis yang masih belum memohon maaf atas tuduhan mendakwa Benjy ditahan dengan lebih 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000. Padahal serbuk itu sodium bikarbonat atau serbuk penaik.(erk yer ke ni).

Ok, setakat ni dulu info berkenaan benjy.BAgi peminat Benjy di luar sana, sama-sama la kita menantikan kes ni selesai k

1 comments:

twinscraftlife said...

Hi! Please do Visit our blog! We sell purely handmade items!
We have earrings, bracelets, pouch, handphone strape!!^^
twinscraftlife@blogspot.com

Post a Comment