Siapa yang mengikuti slot akasia adamaya?? Mesti korang taw macam mana jalan cerita adamaya sekarang kan??Uolls puas hati tak dengan apa yang maya buat terhadap adam? Keciankan adam.
Siapa yang mengikuti slot akasia adamaya?? Mesti korang taw macam mana jalan cerita adamaya sekarang kan??Uolls puas hati tak dengan apa yang maya buat terhadap adam? Keciankan adam.
Sapa tak kenal dengan hero drama NurKasih yang memegang watak ADAM??Kalau tak kenal memang tak up to date la. Yer la kan Drama NurKasih suatu ketika dahulu melatop macam pisang goreng. Hari tue Remy telah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular ABPH 2009. Malah Remy sendiri berkata drama NurKasih sedikit sebanyak banyak membantu menaikkan nama beliau. Suka sangat tengok cara lakonan Remy dalam NurKasih.
Salam petang kat uolls!! Seperti yang uolls tengok 2 3 hari ni, ngexz mesti akan balas kunjungan uolls dengan berbeza blog tapi satu nama kan. Uolls jangan salah sangka. 2 blog tue memang berbeza tapi orangnya adalah orang yang sama. Apa yang beza blog tue, blog ni lebih kepada penceritaan tentang dunia hiburan kan. Baru lagi ni. Baru tiga entry je ngexz sempat tuliskan. Kalo blog lama ngexz, uolls semua dah taw kan.
Ok ngexz terfikir nak pomotkan blog baru ngexz ni dengan bagi satu hadiah free kat sesiapa yang menepati citarasa apa yang ngexz inginkan ni nanti. Ok Check it out apa yang ngexz nak buat k!!
Ngexz mencari nombor bertuah 2005. Ada berani tak? Giler kan ngexz, blog baru buka tapi terus nak capture nombor banyak tuh.. Tapi kan ngexz ada syarat taw nak capture2 ni..Demand gler kan ngexz ni HAHA..g nengok syarat dia k.
2005 (tolong hit my lucky number)
** Raut muka yang amat tabah menghadapi semua dugaan.Tapi dalam hati kita tak tau kan
Kenapa tajuk saya begitu kali ni? sapa yang saya maksudkan dengan papa? Saya tersentuh tadi bila terbaca luahan hati anak-anak arwah Din Beramboi menceritakan berkenaan arwah. Memang ternyata anak-anak dia sungguh bangga kerana ada ayah sebegitu. Semua luahan ni saya baca di Gua.Com. Jom kita baca sesama k!!
Sepanjang sesi temu bual Gua bersama anak-anak arwah, setitik pun airmata mereka tidak gugur. Sungguh kuat anak-anak arwah menghadapi semua ni.Salute ngan dorang. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan orang yang amat penting dalam hidup mereka saat usia mereka masih muda. baru nak mengenal dunia.
Jom kita ikuti perbualan Gua dengan anak-anaknya.
Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.
"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'." ( terharu sangat kan ) Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.
"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.
Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.
"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.
Wartawan Gua bertanya lagi berkenaan dengan adiknya, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.
"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk. ( bayangkan anak sekecil ini sudah menghadapi dugaan sebesar ini)
"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."
**korang tengok je la kemesraan mereka..
Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."
"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina.
“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.
“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi." ( Senyum je baca yang ni) memang jenis tak pandai nak tipu la kan.hehe
Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.
"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.
"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.”
Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.
"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).
"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.
Bila dimaklumkan tentang pendedahan polis itu oleh wartawan Harian Metro, ibu Benjy, seniwati Azean Irdawaty menafikan semua itu sebagai satu penipuan - 'Saya yakin Benjy tak bersalah'. Tegasnya, dia lebih mengenali anak lelaki tunggalnya itu dan yakin Benjy tidak terlibat dengan aktiviti dadah.( Kasih seroang ibu yang masih membela anak dia,,Salute kat kak yan)
Tambah Kak Yan, tidak dilihat sebarang perubahan pada Benjy. Malah seminggu sebelum ditahan, Benjy dikatakan telah meminjam RM50 daripada adiknya. Bagi Kak Yan, jika benar anaknya mengedar dadah, hidupnya sudah pasti senang-lenang.
Selain mengemukakan kemungkinan peralatan membuat syabu tersebut milik orang lain, Kak Yan juga merasakan Benjy barangkali dijadikan 'kambing hitam' dan dipaksa mengaku peralatan tersebut miliknya.
Turut dibangkitkan Kak Yan dalam temuramah itu, isu pihak polis yang masih belum memohon maaf atas tuduhan mendakwa Benjy ditahan dengan lebih 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000. Padahal serbuk itu sodium bikarbonat atau serbuk penaik.(erk yer ke ni).
Din Beramboi yang telah dimasukkan ke ICU beberapa hari pada mulanya terkena jangkitan kencing tikus tapi bila dicek betul2, beliau didapati mengidap demam denggi berdarah di mana berada pada tahap yang kritikal. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital pada petang Isnin lalu. Menurut info lagi, doktor terpaksa menidurkan Allahyarham yang tidak dapat tidur selama 3 hari.
“Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang hari ini.
Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.
“Beliau adalah insan pertama yang ‘'pergi'’ dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.
Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.